SINDROM MONDAY BLUES
Assalamualaikum ♥ Tak dinafikan, hari Isnin tentunya hari yang 'paling malas' sekali untuk kamu hadap berbanding hari yang lain. SINDROM MONDAY BLUES Mana tidaknya, puas 'rileks' kat rumah pada hujung minggu, Mesti payah nau nau korang nak mula balik rutin harian korang kat tempat kerja @ kolej kan ? Dah jangan nak Monday Blues sangat ! Jom baca 7 tip kat bawah untuk menambah motivasi korang pada hari Isnin ♥ 1. Lakukan Sedikit Regangan Selepas Bangun Tidur Jangan terus bangun tidur dan terus bersiap. Sebaiknya, selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Bangunlah sedikit awal untuk memberi masa untuk tubuh kamu agar bersedia untuk melakukan aktiviti harian. Pasti kamu akan lebih segar dan bertenaga. 2. Jangan Biar Perut Kosong Seawal Pagi Kamu boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu ant...