SINDROM MONDAY BLUES

Assalamualaikum 

Tak dinafikan, hari Isnin tentunya hari yang 'paling malas' sekali untuk kamu hadap berbanding hari yang lain. 


SINDROM MONDAY BLUES

Mana tidaknya, puas 'rileks' kat rumah pada hujung minggu, Mesti payah  nau nau korang nak  mula balik rutin harian korang kat tempat kerja @  kolej kan ? Dah jangan nak Monday Blues sangat ! Jom baca 7 tip kat bawah untuk menambah motivasi korang pada hari Isnin 

1. Lakukan Sedikit Regangan Selepas Bangun Tidur
Jangan terus bangun tidur dan terus bersiap. Sebaiknya, selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Bangunlah sedikit awal untuk memberi masa untuk tubuh kamu agar bersedia untuk melakukan aktiviti harian. Pasti kamu akan lebih segar dan bertenaga.
 
2. Jangan Biar Perut Kosong Seawal Pagi
Kamu boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu antara pilihan yang bijak dan cepat untuk disediakan. Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi amat penting bagi menstabilkan momentum fizikal agar lebih bertenaga. So ,jangan biarkan perut kosong pada awal permulaan hari Isnin.
 
3. Mendengar Radio
Trafik yang sesak, tenangkan fikiran kamu dengan mendengar radio. Kalau boleh, pilihlah stesen radio yang menjanjikan gelak ketawa dan senyum simpul yang menjadikan mood kamu di pagi hari ceria.

4. Jangan Terus 'Hadap Tugasan'
Datang awal supaya kamu boleh lepak sebentar untuk menikmati secawan kopi. Jangan terus membuka komputer dan membaca lambakan e-mel yang boleh membuatkan kamu tertekan. Seeloknya selesakan dahulu diri anda dengan menyusun jadual kerja.
 
5. Senyum Dan 'Small Chat' 
Ambil masa dan pergilah menyapa rakan sekerja. Tak kisahlah kalau kalah bola semalam pun kerana gelak ketawa mampu membangkitkan keceriaan kamu. Juga, kongsi apa yang menarik yang kamu telah lakukan di hujung minggu. Jangan lupa untuk mulakan hari kamu yang positif dengan senyuman.
 
6. Tampil Bergaya Pada Hari Isnin
Tak salah pun kalau nak naikkkan mood dan semangat untuk bekerja/belajar dengan tampil bergaya. Pasti ia menjadi suatu terapi dan motivasi yang baik untuk diri sendiri.
 
7. Don't Live For Weekend
Jangan terlalu menunggu hujung minggu. Lakukan aktiviti yang kamu suka pada hari Isnin selepas pulang bekerja/belajar. Mungkin sedikit penat tapi sekurang-kurangnya rutin hari Isnin kamu tidak akan membosankan.

~kalau korang still lagi MONDAY BLUES ,, cuba tanpa pipi korang laju laju mana taw lepas tu okeyy kan .. HAHA gurau jer jangan buat sungguh ..tapi nk cuba pun boleh ^-^

Comments

Popular posts from this blog

BRACES : TEMUJANJI KE 3 - Molar Band

BRACES : TEMUJANJI KE 2 - GETAH SEPARATORS-

BRACES : TEMUJANJI KE 4 - TPA (TransPlatal Arch)