BRACES : TIPS SEBELUM MEMAKAI BRACES
ASSALAMUALAIKUM ♥
Tips sebelum memakai Braces | Khas buat mereka yang masih baru tanam niat nak pakai pendakap gigi (braces) atau mungkin ada yang sudah lama pasang niat tapi terlupa langkah penting yang harus diambil kira sebelum memakai pendakap gigi (braces)
1. Kena study segalanya yang berkaitan dengan braces . Setiap inci braces ni ada nama dia tersendiri tau, WAJIB tahu ya . Jangan terkebil kebil pulak nanti .
- Macam mana nak study ?
Cari buku dekat pustakaan awam . Hehe . takde lah, En.GOO kan ada . Ringan kan lah sikit jari runcing tu .
2. Kena rajin survey harga braces sebab tak semua tempat harga dia sama tau . So! korang boleh buat perbandingan harga . Kalau mampu mahal apa salah nya . Kan ? Jangan lah survey harga je . Tanya lah sikit dekat diorang tu . X-ray kena bayar tak ? Procedure macam mana ? Deposit berapa ? Monthly check-up macam mana ? Bayaran setiap bulan berapa ?
- Berapa lama Cik Kaa survey ?
2 tahun Cik Kaa survey . Masa kerja kt Shah Alam . Habis berpuluh klinik Cik Kaa survey . Penuh note book . Seremban pun Cik Kaa survey jugak . Sebab dekat dengan rumah family . Haa bayaran bukan selepuk tau . kayap nanti . hehe
3. Pastikan klinik yang korang nak buat braces tu dekat dengan rumah . Jangan murah tapi jauh , kan dah susah nak pergi check-up setiap bulan nanti (Cik Kaa pilih Uitm Sg.buloh sebab dekat dengan rumah makcik)
4. Ready FIZIKAL & MENTAL. Bila proses dah mula korang akan rasa sakit sana sini . 90/100 #teampagarbesi akan bagi korang feedback yang sama . Tak caya ? Lagi sekali ringan kan jari runcing tuh search kt internet ya .
*Cukup setakat ni tips dari Cik Kaa . Jangan lupa untuk mengamalkan tips di atas kerana sebenarnya ianya sangat membantu anda . Paling penting *JANGAN PAKAI FAKE BRACES * AMARAN KERAS !!!! BAHAYA TAU
Comments
Post a Comment