BRACES : TIPS PENJAGAAN BRACES

Assalamualaikum 

Tips Penjagaan Braces  | Khas buat mereka yang masih baru atau sedang memakai pendakap gigi, mungkin ada yang sudah terlupa langkah penting yang harus diamalkan bagi menjamin kebersihan gigi anda. 

Pemakaiannya yang mengambil tempoh masa yang lama sehingga dua ke lima tahun, si pemakai gigi besi ini perlu berhati-hati ketika makan dan menggosok gigi agar tidak tertinggal sisa makanan kerana boleh menyebabkan nafas berbau.


1. Sentiasa berus gigi dan berkumur

-Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi seperti biasa untuk pembersihan awal dan kemudian diikuti dengan menggunakan berus berbulu halus serta berkumur bagi membersihkan sisa makanan yang terperangkap di antara besi dan kurungan pendakap gigi anda.

2. Gunakan flos

-Letakkan flos di bawah wayar pendakan gigi dan tarik flos dengan tangan dan tolak di antara gigi untuk mengeluarkan sisa makanan yang terperangkap di antara gigi dan gusi. Ulang langkah ini dengan perlahan-lahan.

3. Urutan gusi

-Hujung getah berfungsi untuk mengurut gusi anda. Penjagaan gusi dengan rapi akan menjadikan gigi bebas bakteria dan proses rawatan juga akan berjalan dengan lebih lancar.

4. Penggunaan lilin (WAX)

-Gunakan lilin yang diberi oleh pihak pergigian bagi mengurangkan kesakitan daripada pemakaian pendakap gigi.

5. Jaga pantang larang makanan

-Cuba elak makan makanan keras dan minuman manis, bergas dan minuman yang mengandungi pewarna yang banyak.

Jangan lupa untuk mengamalkan tips di atas kerana sebenarnya ianya sangat membantu dalam mengelakkan kerosakan pada gigi dan gusi anda.

Selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

BRACES : TEMUJANJI KE 3 - Molar Band

BRACES : TEMUJANJI KE 2 - GETAH SEPARATORS-

BRACES : TEMUJANJI KE 4 - TPA (TransPlatal Arch)