BRACES : FINALLY BERGIGI BESI
Assalamualaikum ♥
Firstly . Alhamdulillah penantian selama 5 bulan genap , Alhadulillah selepas mengharungi segala procedure PAKEJ pulak dengan kesakitan . And today 05.09.16 berubah status dari CIK HALIMAH JONGGANG ke CIK KAA PAGAR BESI
11.00AM :
11 tepat dah terpacak depan pintu menanti dengan penoh debooo . Sekali Dr.Norren keluar dengan senyuman meleret dia tu
"Eyka masuk lah dulu pilih color" . Excited ? of coz . Sampai rambang mata nak pilih colour . Padahal dah set dalam otak nak color PURPLE ..
11.30AM :
Baring kat atas kerusi ajaib . Kejab naik turun kejab naik kerusi tu lahai . Bila Dr. dah start belek membelek , terlena dibuai mimpi sekejap . Dalam masa yang sama excited sangat nak tengok cermin . 3 tahun Cik Kaa survey dari 1 klinik ke 1 klinik harga dia . Bila fikir balik masa sekolah dulu tak nak buat . Lagi murah . Dalam masa dok survey tu rajin jugak lah tengok youtube siap study tau segala benda . Orang kata persiapan lah kononnya . Sampai macam tu sekali eh nekad nya nak pasang pagar (tak cukup dengan pagar rumah nak pagar gigi pulak dia ni).
Kalau tak disebabkan gigi ni diluar kawalan . Memang tak kuasa nak berpagar segala bagai even "COMEL tahap dewa" sekalipun . Kalau bercakap bab ketebalan muka . Rasanya lebih tebal dari KAMUS . Maun tak kalau selalu sangat kena panggil HALIMAH JONGGANG sampai 1 kolej boleh dengar maun tak malu ?
So! hari ni Cik Kaa pilih colour TURQUOISE . Nak tengok result dia ?
Cakk ! |
First selfie Cik "Pagar Besi" |
Skala sakit lepas pasang braces l 10/10
Rasa macam ada benda berat dok melekap . Rasa pelik pun yer jugak . Tapi kira handal jugak lah Cik Kaa ni . Orang lain semua dok cakap lepas pasang braces makan bubur jer sebab sakit . YES! Cik Kaa akui memang sakit sangat bila nak kunyah tuh . Denyut dia boleh ajak bergaduh jugak lah TAPI relax jer minah ni makan 'PIZZA HUT' . Tapi kunyah sikit jer pastuh telan. Mushroom soup tak tinggal, fav tuh . Cool ker tidok minah ni ? HA HA
Comments
Post a Comment